Sekiranya anda masih belum membaca artikel tentang APRS sebelum ini, silalah membacanya terlebih dahulu kerana artikel ini adalah kesinambungan dari yang sebelumnya.

APRSdroid logo

Seperti yang telah dituliskan sebelum ini dan setelah diceritakan tentang konsep secara umum, kita cuba mempelajari cara setting aplikasi android untuk APRS yang dipanggil APRSdroid. Setelah anda membelinya dari Play Store (sebagai sumbangan dan tanda penghargaan kepada pembuat perisian tersebut) atau memuat turun dari website nya dan install, perlu dipelajari setting nya yang sangat mudah.

Langkah 1 — Dapatkan Passcode

Passcode generator — isikan callsign
Isikan callsign anda dan klik Generate Passcode
Passcode generator — hasil
Catat nombor passcode yang terhasil

Langkah yang pertama ialah anda perlu mendapatkan passcode untuk callsign anda. Cara yang cepat ialah dengan melayari website ini atau website ini dan isikan callsign anda dan klik Generate Passcode / Get Passcode dan catat, ingat nombor passcode nya.

Langkah 2 — Buka APRSdroid, Isikan Callsign & Passcode

Setelah itu buka aplikasi APRSdroid yang telah anda install.

APRSdroid — masukkan callsign dan passcode
Isikan callsign dan passcode anda
APRSdroid — skrin utama
Skrin utama APRSdroid

Seterusnya isikan callsign anda dan passcode dibawahnya.

Warning: This software may only be used by licensed amateur radio operators.
Amaran: Perisian ini hanya digunakan untuk operator radio amatur berlesen. Sekiranya anda bukan rakan radio amatur, dilarang untuk menggunakan perisian ini. Anda boleh dilaporkan ke SKMM untuk tindakan selanjutnya.

Langkah 3 — Pergi ke Preferences

APRSdroid Preferences
Tekan tiga titik menegak di sudut kanan atas dan pergi ke Preferences

Seterusnya tekan tiga titik menegak di sudut kanan atas dan pergi ke Preferences. Gambar di atas menunjukkan setting yang perlu anda buat. Yang pertama perlu dilihat ialah Connection Preferences.

Langkah 4 — Connection Preferences & Server

APRS-IS Passcode setting
Semak APRS-IS Passcode — pastikan sudah betul
Server setting
Tetapkan server APRS tempatan

Semak APRS-IS Passcode, sekiranya sudah betul, terus ke Server.

Untuk server, isikan server yang telah dibuat oleh rakan amatur kita. Taipkan seperti diatas. Pilihan server yang ada ialah:

aprs.marl.org.my atau aprs.jasra.org.my

Perlu kita mengubah ke server yang dinyatakan diatas kerana server tersebut berdekatan dengan kita dan proses update lokasi anda di server utama akan lebih cepat berbanding setting asal yang menggunakan server yang lebih jauh lokasinya.

Langkah 5 — Tetapkan SSID

SSID selection
Pilih SSID bersesuaian dengan penggunaan anda

Seterusnya kembali ke Preferences, pilih SSID. Bergantung kepada penggunaan anda, sekiranya hanya android tanpa disambung ke radio, pilihlah no 10.

Langkah 6 — APRS Symbol

APRS Symbol selection
Pilih simbol yang sesuai dengan mod perjalanan anda

APRS Symbol. Anda boleh memilih simbol apa yang digunakan. Samada anda menaiki kenderaan apa, berjalan kaki dan sebagainya bergantung kepada situasi semasa.

Langkah 7 — Voice Frequency

Voice frequency setting
Isikan frekuensi radio semasa jika ada

Voice Frequency. Boleh diisikan anda berada di freq mana di radio, sama ada simplex dari V16 hingga V69 atau repeater. Sekiranya tiada radio, kosongkan sahaja.

Langkah 8 — Comment Field

Comment field
Isikan maklumat tambahan atau nombor telefon anda

Comment Field. Isikan sahaja nombor telefon anda sekiranya anda mahu dihubungi melalui telefon, atau alamat blog anda atau apa-apa saja pesanan kepada rakan yang akan monitor pergerakan anda di aprs.

Langkah 9 — Mulakan Tracking

Start Tracking
Tekan Start Tracking untuk mula menghantar lokasi

Seterusnya tekan back dan jangan lupa tekan Start Tracking.

Langkah 10 — Lihat Peta dalam APRSdroid

APRSdroid maps view
Pilihan untuk melihat lokasi anda dan rakan-rakan di peta

Pilihan untuk melihat lokasi anda dan rakan-rakan di peta dalam perisian ini.

Android tersambung ke radio sebagai APRS tracker
Android tersambung ke radio sebagai APRS tracker

Begitulah panduan bergambar yang bertujuan untuk memudahkan rakan-rakan menggunakan perisian percuma ini. Sangat penting untuk anda meneroka dan mencubanya demi untuk pengetahuan dalam salah satu mode radio amatur. Silalah teroka menu-menu yang ada satu persatu untuk dicuba, yang ditunjukkan adalah yang penting sahaja dan sudah boleh berfungsi.

Sekiranya anda mahu mempelajari menyambungkan android anda ke radio, sila baca panduannya disini untuk mereka yang suka meneroka dan mempelajari.

Bagaimana untuk memantau lokasi anda sendiri atau rakan-rakan?

aprs.fi
aprs.fi — paparan peta APRS yang lengkap
aprsdirect.com
aprsdirect.com — alternatif laman penjejak APRS

Dengan mudahnya anda boleh melayari https://aprs.fi untuk paparan yang lebih lengkap, tentukan anda mendaftar dulu di website berkenaan. Alternatifnya, https://www.aprsdirect.com juga boleh dipergunakan. Silalah mencuba. Terima kasih. Pembelajaran sepanjang hayat, jika bukan kita siapa lagi. 73

Panduan dari Youtube

Baca: Ketahui APRS Kembali ke Utama